30 Januari 2017 - 19:34
Tentera Yaman Musnahkan Kapal Perang Arab Saudi

Angkatan Tentera Yaman dan sekutu mereka telah memusnahkan sebuah kapal perang milik Arab Saudi di dalam sebuah serangan peluru berpandu yang dilancarkan di pesisir pantai wilayah Hudaydah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan Tentera Yaman dan sekutu mereka telah memusnahkan sebuah kapal perang milik Arab Saudi di dalam sebuah serangan peluru berpandu yang dilancarkan di pesisir pantai wilayah Hudaydah.

Seorang sumber dari pihak tentera memberitahu rangkaian televisyen al-Masirah pada hari Isnin bahawa tentera negara itu telah melancarkan peluru berpandu ke arah kapal perang al-Madinah di perairan berdekatan bandar pelabuhan Hudaydah. Bandar itu terletak kira-kira 150 km dari Sana'a.

Sumber itu turut melaporkan bahawa kapal perang itu membawa 176 orang anak kapal dan para pegawai ketika serangan itu dilancarkan. Kapal tersebut turut dilengkapi dengan sebuah helikopter ketika operasi itu dijalankan.